[iklan seketika]

Nov 2, 2012

tazkirah: mahram sementara haram bersalaman/menampakkan aurat

slm jumaat..
sebenarnya lately ni aku selalu surf internet bout the fact of this issue..yelaa..x lama lagi nak ke rmh mertua..hihi..so aku nak kena faham situasi aku dengan famili suami..agak pening gak la kat certain2 statement..mana x nya, kalo bab2 ni mesti ada yg saudara kepada saudara...polan kepada anak saudara polan.anak saudara polan kepada polan...dan kepada kepada kepada~~~ ok,aku dah pening~!!
hahahaahaaa~

end up, aku jumpa 1 conclusion yg aku rasa kepala otakku dapat menerima dengan jayanya~ miahahahaa..ni dari satu website yg aku copy paste aje sebagai pedoman aku dan ssiapa yg terbaca blog aku ni.....(eh eh..ade ke???;p)

" Hubungan antara seorang wanita dengan adik atau abang ipar adalah mahram yang sementara. Sekiranya suami wanita itu menceraikannya atau meninggal dunia, maka adik atau abang ipar boleh mengahwininya. Justeru, tidak boleh bersalam dengan adik-beradik lelaki suami. Hendaklah memelihara aurat depan mereka dan tidak boleh berjalan berdua-duaan bersama adik-beradik lelaki suami saudari. "


dan 1 lagi statement..

" ikatan mahram wujud dengan tiga sebab. Pertama kekeluargaan, kedua perkahwinan dan ketiga penyusuan. Allah SWT menyebut dalam surah an-Nisa ayat 23 dan 24 yang bermaksud: Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (wanita-wanita berikut iaitu) ibu-ibumu (dan nenek-nenekmu), anak-anak perempuan kamu, saudara-saudara perempuan kamu, saudara-saudara perempuan bapa kamu, saudara-saudara perempuan ibumu, anak-anak perempuan saudara lelaki, anak-anak perempuan saudara perempuan, ibu-ibu yang telah menyusukan kamu, saudara-saudara perempuan susuan, ibu-ibu isteri kamu, anak-anak tiri yang dalam pemeliharaan kamu (dan yang tidak dalam pemeliharaan kamu) dari isteri yang kamu telah campur, tetapi kalau kamu belum campur mereka, maka tiada salah kamu mengahwininya. Dan isteri-isteri anak-anak kamu yang berasal dari benih kamu. Dan menghimpunkan dua beradik (untuk dikahwini) kecuali yang berlaku pada masa lalu. "

dari ayat atas ni aku dapat simpukan perkataan "saudara-saudara" tu bermaksud adik beradik..bukan "SEDARA ke ANAK BUAH ke SEPUPU ke" sila paham ye rakan2 taulan sekalian...hehee~ mungkin perkataan tu yang membuat aku kebanyakkan orang  selalu confuse...jadi bila dh ada ikatan mahram, maka haram untuk dinikahi..maka boleh la bersalaman...hihi

kalo ada yang tersilap,sila la perbetulkan...



wallahua'lamm..yang baik itu datang dari Allah.yg buruk itu datang dari kelemahan diriku sendiri..


> semoga aku dapat berada dalam golongan ini...~ amin <


No comments:

Post a Comment

[iklan seketika]