[iklan seketika]

Feb 19, 2019

MyKid shea HILANG!!

Saje la nak share info bagi sesiapa yang kehilangan myKid anak. Memang menangis juga la nak menunggu orang jawab call kalau nak tanya apa2 info.

Meh la mak cerita sikit info dari pengalaman sendiri. Sebelum ni pun mak google juga sebab dok call2 customer service, tak kesampaian nak dijawab. Busy benooooo agaknya -.-

Tempat lain mak tak tau. Mak pergi JPN putrajaya je terus alang2 bercuti harini. Mak datang dengan sekeping ic mak dan badan sahaja🤣 Sepatutnya bawa surat beranak anak sekali. Tapi nasibaik lepas gak. Nasib baik juga la mak ada rekod no mykid shea dalam hphone. Sebab dalam borang nak isi tu kena detail anak termasuk nombor mykid dia dan detail mak.

Dah isi form, hantar ke kaunter 4. Tunggu dalam setengah jam je gitu, nama mak kena panggil di kaunter.

Siap!!!!

Kejap dan mudah sangat. Tak perlu report polis bagai kalau mykid hilang. Denda pun tak perlu. Tak perlu bayar apa2 untuk 1st time hilang ni. Hilang kali ke-2 ke-3 tak tau la pulak sebab belum ada pengalaman lagi. Haha

Jul 21, 2017

Kak SHEA 4th birthday!!

Haaaaa.. bersarang gile laa blog ni.
Hahaha.
Ringan pulak nk meng'update' prepararion utk birthday party kak shea.
Buat simple je,nk hantar kat taska je.
Omak order bihun.
Omak goreng nugget je..
Utk birthday gift kawan2, omak prepare simple je.. tapi paperbag pasti guna!! Hahaha. Jimai oiii.
As previous,omak suka gift yg boleh guna. Yg worth it. Yg mkanan bukan yg hape2 la! Huhu.
Ni birthday gift utk kawan2 kak shea. Modal kicik aje,bajet lepas raya dh menipis..keh3

Crayon+Corn cracker+Kek apollo+Coklat

Ni utk tcer2.
Mak rembat kitkat gift je,dia bg sekali bekas plastik tu. Hahah


Sticker,confirmla ada yg cun2. Mana pn anak tokei sticker..huhu.
Last year tema frozen..hadiah utama sikat rambut..
This year tema barbie, hadiah utama crayon. Hihi
Cam biasa la,kalo ada yg berkenan sticker ni,boleh riki2 kat FB page: the jar lover 




Sep 8, 2016

Kak shea toilet train journey- Part 1

Ok..kakak start toilet train semula khamis lepas kat skool setelah 7bln lepas ibu buatkn masa hujung pantang dak adik x menjadi.huhu.
Nk dipendekkn cite,masa kat skool mmg success betul tcer dia kata..x bocor pn.nk kincing pn bgtau.x tny,dia pn diam sampai x tahan br dia cakap kat tcer..
Tapiii kat rmh ptg after balik dari skool.

Khamis: terkencing (ibu dh balik keje)

Jumaat: terkencing (ibu dh balik keje)

Sabtu/ahad ibu pakaikn pampers sbb x dan nak mop lantai bagai sebab baba x ada kat rmh this whole weeekend.hehe.

Isnin: siap terberak lg tu dlm seluar.baba yg handle sebab ibu x balik rmh lg.hehe

Selasa: dh ok sikit.kencing kat toilet.tp keluar balik without cebuk sbb nak bgtau baba yg dia dah kencing kat toilet..hahahhah. ko rasa??? Balik2 rmh ibu kena mop sepanjang dia keluar dari toilet ke tempat dia panggil baba.huk3

Rabu: dh ok sgt! Nak kencing dh bgtau.sempat la masuk toilet b4 terkeluar.huhu. pastu nak buang besaq pn bgtau..aku siap tinggalkan kakak dlm toilet sorg2.kasi dia buat project sendiri.hahaha.dh settle,dia panggil..
Ibu dah suka sgt dh sbb dh x payah nk mengelap mengemop lantai..tapiiiii mana tau,lepas tu dia nak membuang besar lg masa ibu tgh solat maghrib..abis2 solat,dia dtg tunjuk seluar.ingat nk kencing lg..kelam kabut bukak seluar,tgok2 dh basah dh pn..siap package ada 'kuih' lagi!hahahaha. Tp still ok la sbb basah tgh je.x sempat nak meleleh..hahaha.

Tu semalam..harini (khamis) mari kita tgok mcmana..pagi tadi pn borak dgn tcer dia,mmg dia kata x bocor pn.nk kencing mmg bgtau tcer dia..huhu

Aug 30, 2016

Uwais memanjat dahh~

Sian anak ibu yg bujang ni..slow pulak ibu update progress kat blog ni.huhu.nnt dh besar,x de dah memori nak tgok balik pasal uwais..ibu try sedaya upaya nk masukkn dlm blog ni ye.. *padahal x susah mana pn mak update.masa je yg jd halangan terbesar.hahahha*

Ok..uwais dh 9bln dh skrg.merangkak belum lg.tp dah start try memanjat2 la..abis badan ibu dia nak panjat..kalo ngn kak shea lg la.kalo dok sebelah,mmg kena lenjan la si kakak tu kena panjat ngn si adik..nasib x baik,tergolek la si adik..hik3.

Lg 1 skrg gigi uwais dh keluar dh!!! 2 batang belah bawah.hihi..tu pn pengasuh yg perasan.ibu x pasan la pulak..haishhh~

Nk.tunjuk gambar ni laaaa.mcm comel je muka masyam dia.huhu..

Aug 12, 2016

Mainan ala2 PLAYDOH murah!

Lama sgt ni x post entry baru.huhu.
Post pasal dak uwais pn jarang sgt.dlu masa kak shea byk je perkembangan dia ibu sematkan dlm blog ni.sok2 senang nk imbas kenangan balik..hehe.

Ok,sementara rajin ni,ibu nk share menan ibu beli tadi. Mulanya mmg ibu x plan nk belikan kakak mainan.dh menimbun kot!haha.tp dah namanya ibu..manusia yg kesian kat anak2..yg rasa bahagia bila tgok anak2 seronok dpt mainan even murah je pn..hehe.

Tadi masuk MY.DIY.saje nak cuci mata.tetiba terlalu kat area mainan.nampak mainan ala2 playdoh yg dia main jiran sebelah punya.huhu. Kat rak,rm20.90..ibu berbelah bagi sbb baru wiken lepas belikn shea gitar rm25 henggit yg langsung x berfungsi dh skrg..pasang2 bateri,slow sgt bunyi melodi dia..pastu hilang terus..stress mak ko! Ini sesuatu pembaziran!!😭

Ok,sambung pasal tadi..fikir2.ibu rasa belikn je la..ibu pn selalu ingat org kata,kalo nk beli mainan anak2 biar berlapang dada dgn niat nk gembirakan hati anak2..kelak dpt rezeki lain ataupn akan diganti dgn benda baik yg lain. Bila nak bayar ibu dh standby rm25 sbb beli lain gak.. tengok2 kat cashier, x sampai rm15 pn.hihihi~ cek2 kat resit,laaaa rm9.90 aje harga mainan tu. X tau la tgh sales ke hape. Nak kata salah scan,mmg nama sama..kat rak td pn x de pulak nmpak harga yg rm9.90.huhuhu.

Dah2! So sesiapa yg terasa nak beli tu,p la MR.DIY skrg..x tau la rm9.90 tu tgh promo ke mmg harganya gitu..😁

Siap ada puncher dia ye =)

[iklan seketika]