[iklan seketika]

May 28, 2015

JUS DELIMA pengganti iron tablet dan iberet folic?

Kepada yg pernah mengandung dan pernah kena hb turun mesti familiar dgn iron tablet ni.heheh.dlu masa anak pertama aku pn pernah kena makan.tp sekali je la sebab sekali je kena tulis dgn 'ink merah' kat column hb dlm buku pink tu..dlu tu pn aku makan nak x nak sebab rasa semacam je..utk second pregnancy ni pn kena lagi makan iron tablet.tp dh 2x kena ink merah ni..dari 10.7 turun jadi 9.6..huhu.nurse dh buat muka tny "awak x makan ke pil2 tu..." Aku cakap makan.heheh.tp dlm hati makan awal2 je..pastu skip x makan.. ^.^"

Smlm doc nk bagi lg iron tablet tu,tp aku mintak pil lain sebab rasa x sesuai..kakak aku pn kata aritu mmg x semua boleh telan iron tablet tu sbb boleh buat mual2.loya2..so doc bg nama vitamin lain..IBERET FOLIC..kena cari sendiri kat farmasi.balik klinik,terus cari kat farmasi..harga rm35 utk 30 biji..

Balik2 makan sebiji..tapiiii ptg ni after bangun tido,pening2 je.sakit kepala..macam mual2 je..cakap kat husband "ni kalo jolok tekak ni confirm muntah" hehe.sama kes mcm makan iron tablet dlu..last2 jolok gak tekak sebab x tahan sgt..so,2nd time muntah utk 2nd pregnancy ni..huhu

Tanya kat FB,nsbaik ramai kawan2 suggestkm minum JUS DELIMA!aku sebelum ni x tau langsung pasal jus delima ni leh naikkan hb..so tgh survey2..harap2 x lama lagi boleh try..hehe

posted from Bloggeroid

Apr 27, 2015

Insyirah tido without ibu n mr.B!!

Lamanyaaa x update blog!!!!!!!

Utk pertama kalinya, smlm 26/4/15 insyirah tido x yah ibu kat sebelah..x yah mintak susu cap gantung.huhu.bukan setakat sekali.dua kali!!tghari ngn mlm..tghri tu dia tgh susu botol,pastu aku soh dia dok atas katil tido ngn baba dia..aku menonton tv sambil bersenang lenang..hahahha.dengar gak dia dok main2 atas katil tu sorang2..tetibe diam,aku jengah la apsal..takot tetiba jatuh ke anak aku..huhu.tgok2,laaaa~ tido dh..baba dia mmg awal2 b4 dia masuk bilik,dh tido dh..

Mlm lak,tgh dlm kete nk pegi makan,aku ngn insyirah dok blkg sebab ada car seat kat passenger seat..aku dok borak2 ngn husband kat celah tgh tu..dia main2,aku pn x pasan tang bila dia baring..tup2 tgok laaa,dh tutup mata..hahaha.


Bagus la aku dia dh pandai tido sendiri.x de la amik masa ibu nk teman dia kat sebelah..

Skrg pn dia dh pandai mintak susu botol even dengan ibu..dulu mmg refuse susu botol sebab pada ibu ada yg original punya susu..huhuhu.bila ibu tgok dia pegang susu,kesian laaa pulak..ibu siap offer nak pegangkn botol dia.hew3~

posted from Bloggeroid

Mar 26, 2015

Juat nk bgtau.........

......sejujurnya aku x berkesempatan nak meluangkan lebih byk masa utk org baru..

posted from Bloggeroid

Mar 23, 2015

KETAM masak lemak buatan SUAMI

Kononnya hadiah besday la ni..adehh!!!
Mulanya laki aku nk beli ketam,nk masak lomak katenya..
Dia soh aku buat.
Masalahnya aku x katam blaja siang ketam cmne dari mak aku.hahahha.yg aku tau mak aku ada belah dua buang sepit2,ketuk2 lagi kasi rangka dia x keras sgt.
Soh dia siang,gupenya dia pn bukannya tau sgt.
Last2 aku kata malas nk masak,dia nk makan dia masak..
Dengan gigih dia dok dapur,tung tang tung tang.siap!
Tergelak beso laa aku tgok ketam yg x di ketuk kakinya,x dibuang rangkanya..x dibelah dia..nasib la labiiiiii..
Janji aku telan je.aku bukan cerewet pn!wakakakkaaa
Lepas makan tunjuk gambar kat mak aku,mmg kena gelak laa..

Ni la gupenyaaaa.....^.^ nway,tq baba masakkan utk kami..insyirah pn bedal je ketam tu.hahah

posted from Bloggeroid

Mar 18, 2015

Bila masa terawal membuat pregnancy test??

*Ni copy paste 100% dari sumber lain..seronok pulak baca.nak share,mungkin ada yg terover excited nk buat HPT,padahal masih awal lagi.

Ini bergantung kepada jenis ujian yang anda gunakan. Semua ujian kehamilan mengukur jumlah hormon kehamilan gonadotropin korionik manusia (hCG) dalam badan anda. Ujian kehamilan di rumah (home pregnancy test - HPT) mengesan kehadiran hCG dalam air kencing. Ujian darah pula mengesan kehadiran hCG dalam darah anda.

Ujian darah lebih sensitif daripada ujian air kencing dan boleh mengesan kehamilan dari enam hingga lapan hari selepas ovulasi. Ujian darah biasanya dilakukan oleh doktor di klinik atau hospital.

HPT boleh dilakukan sendiri di rumah. Sesetengah alat ujian lebih sensitif daripada yang lain. Alat ujian yang lebih sensitif mungkin dapat mengesan hCG walaupun dalam jumlah yang sedikit, seawal empat hari sebelum haid anda dijangka tiba, atau tujuh hari selepas persenyawaan.

Samada ujian kehamilan itu lebih sensitif atau kurang sensitif ada dinyatakan pada bungkusannya. Ia diukur dalam mlU/ml (mili-International Unit per milimetre) dengan julat antara 10 mlU/ml hingga 40 mlU/ml. Semakin kecil nombornya, semakin sensitif ujian itu dan semakin cepat ia dapat mengesan kehamilan.

Jika anda membuat ujian terlalu awal, walaupun dengan alat ujian yang sangat sensitif, tahap hCG dalam air kencing masih terlalu sedikit untuk dikesan. Keputusan ujian yang negatif palsu iaitu keputusan yang menyatakan anda tidak hamil walaupun sebenarnya anda hamil, boleh membuatkan anda tertekan.
Kebanyakan ujian kehamilan di rumah dapat memberi keputusan yang tepat jika dilakukan pada tarikh haid anda biasanya datang, iaitu kira-kira dua minggu selepas anda mengovulasi.

Ujian menunjukkan keputusan negatif atas beberapa sebab. Anda mungkin tidak hamil. Atau, anda mungkin mengovulasi lebih lewat daripada yang anda jangkakan dan kehamilan anda tidak selanjut yang anda fikirkan.

Satu dalam 10 wanita mempunyai tahap hCG yang terlalu rendah ketika tarikh haid mereka terlepas. Jika keputusan anda negatif dan anda masih belum datang haid, ujilah semula selepas tiga hari. Jika anda benar-benar hamil, jumlah hCG tentu telah bertambah dan cukup untuk dikesan oleh alat ujian pada waktu itu

posted from Bloggeroid

[iklan seketika]