[iklan seketika]

Feb 19, 2019

MyKid shea HILANG!!

Saje la nak share info bagi sesiapa yang kehilangan myKid anak. Memang menangis juga la nak menunggu orang jawab call kalau nak tanya apa2 info.

Meh la mak cerita sikit info dari pengalaman sendiri. Sebelum ni pun mak google juga sebab dok call2 customer service, tak kesampaian nak dijawab. Busy benooooo agaknya -.-

Tempat lain mak tak tau. Mak pergi JPN putrajaya je terus alang2 bercuti harini. Mak datang dengan sekeping ic mak dan badan sahaja🤣 Sepatutnya bawa surat beranak anak sekali. Tapi nasibaik lepas gak. Nasib baik juga la mak ada rekod no mykid shea dalam hphone. Sebab dalam borang nak isi tu kena detail anak termasuk nombor mykid dia dan detail mak.

Dah isi form, hantar ke kaunter 4. Tunggu dalam setengah jam je gitu, nama mak kena panggil di kaunter.

Siap!!!!

Kejap dan mudah sangat. Tak perlu report polis bagai kalau mykid hilang. Denda pun tak perlu. Tak perlu bayar apa2 untuk 1st time hilang ni. Hilang kali ke-2 ke-3 tak tau la pulak sebab belum ada pengalaman lagi. Haha

12 comments:

  1. Ini mak"kalau bapak mcm ner plak?nie kesah emk...minte2 bls ya emk2...semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksudnya kalau bapa yg buat report ke. Sama je tu, just dlm borang tulis detail bapa la.

      Delete
  2. No mykid kne depan blakang ke sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. No mykid 1 aje tu. Mcm no IC orang dewasa. X ada depan blkg pun 😁

      Delete
  3. senang saja.. ingatkan susah macam ic jgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn. Kalau IC, leceh sebab nk buat report bagai.

      Delete
  4. Terima kasih atas info yg sgt berguna ini.

    ReplyDelete
  5. Mmg free ke kalau first time hilang mykid..ank sy mykid hilg .bru nk buat..memang free ke

    ReplyDelete
  6. Saya nak tanya kalau mykid hilang tu macam mana kita nak matikan. Sebab takut pihak tak betangungjawap guna kan mykid untuk mendaftarkan mana ii pihak yg tk didaftarkan

    ReplyDelete

[iklan seketika]