[iklan seketika]

Mar 26, 2015

Juat nk bgtau.........

......sejujurnya aku x berkesempatan nak meluangkan lebih byk masa utk org baru..

posted from Bloggeroid

Mar 23, 2015

KETAM masak lemak buatan SUAMI

Kononnya hadiah besday la ni..adehh!!!
Mulanya laki aku nk beli ketam,nk masak lomak katenya..
Dia soh aku buat.
Masalahnya aku x katam blaja siang ketam cmne dari mak aku.hahahha.yg aku tau mak aku ada belah dua buang sepit2,ketuk2 lagi kasi rangka dia x keras sgt.
Soh dia siang,gupenya dia pn bukannya tau sgt.
Last2 aku kata malas nk masak,dia nk makan dia masak..
Dengan gigih dia dok dapur,tung tang tung tang.siap!
Tergelak beso laa aku tgok ketam yg x di ketuk kakinya,x dibuang rangkanya..x dibelah dia..nasib la labiiiiii..
Janji aku telan je.aku bukan cerewet pn!wakakakkaaa
Lepas makan tunjuk gambar kat mak aku,mmg kena gelak laa..

Ni la gupenyaaaa.....^.^ nway,tq baba masakkan utk kami..insyirah pn bedal je ketam tu.hahah

posted from Bloggeroid

Mar 18, 2015

Bila masa terawal membuat pregnancy test??

*Ni copy paste 100% dari sumber lain..seronok pulak baca.nak share,mungkin ada yg terover excited nk buat HPT,padahal masih awal lagi.

Ini bergantung kepada jenis ujian yang anda gunakan. Semua ujian kehamilan mengukur jumlah hormon kehamilan gonadotropin korionik manusia (hCG) dalam badan anda. Ujian kehamilan di rumah (home pregnancy test - HPT) mengesan kehadiran hCG dalam air kencing. Ujian darah pula mengesan kehadiran hCG dalam darah anda.

Ujian darah lebih sensitif daripada ujian air kencing dan boleh mengesan kehamilan dari enam hingga lapan hari selepas ovulasi. Ujian darah biasanya dilakukan oleh doktor di klinik atau hospital.

HPT boleh dilakukan sendiri di rumah. Sesetengah alat ujian lebih sensitif daripada yang lain. Alat ujian yang lebih sensitif mungkin dapat mengesan hCG walaupun dalam jumlah yang sedikit, seawal empat hari sebelum haid anda dijangka tiba, atau tujuh hari selepas persenyawaan.

Samada ujian kehamilan itu lebih sensitif atau kurang sensitif ada dinyatakan pada bungkusannya. Ia diukur dalam mlU/ml (mili-International Unit per milimetre) dengan julat antara 10 mlU/ml hingga 40 mlU/ml. Semakin kecil nombornya, semakin sensitif ujian itu dan semakin cepat ia dapat mengesan kehamilan.

Jika anda membuat ujian terlalu awal, walaupun dengan alat ujian yang sangat sensitif, tahap hCG dalam air kencing masih terlalu sedikit untuk dikesan. Keputusan ujian yang negatif palsu iaitu keputusan yang menyatakan anda tidak hamil walaupun sebenarnya anda hamil, boleh membuatkan anda tertekan.
Kebanyakan ujian kehamilan di rumah dapat memberi keputusan yang tepat jika dilakukan pada tarikh haid anda biasanya datang, iaitu kira-kira dua minggu selepas anda mengovulasi.

Ujian menunjukkan keputusan negatif atas beberapa sebab. Anda mungkin tidak hamil. Atau, anda mungkin mengovulasi lebih lewat daripada yang anda jangkakan dan kehamilan anda tidak selanjut yang anda fikirkan.

Satu dalam 10 wanita mempunyai tahap hCG yang terlalu rendah ketika tarikh haid mereka terlepas. Jika keputusan anda negatif dan anda masih belum datang haid, ujilah semula selepas tiga hari. Jika anda benar-benar hamil, jumlah hCG tentu telah bertambah dan cukup untuk dikesan oleh alat ujian pada waktu itu

posted from Bloggeroid

Mar 13, 2015

Logo baru THE JAR LOVER.

Semalam baru berkesempatan nk buat logo..hahahah.

Selamat menjengah FB page : THE JAR LOVER

Mar 3, 2015

Penyakit ibu!!!


Comel spec ni!!!ibu yg excited beli utk anak.hahaha..
Sebenarnya nk bgtau 1 rahsia..ibu ada penyakit cakap sorg2 dalam kete otw balik rumah after keje..ayat pebret...

"Sheeeaaa ibu..oooo sheaaaa ibuu.."
"Ibu sayanggg sheaa ibuuu~"
"Sheaa sheaaa sheaaa.shea cayang ibu x??"
(T.T)" sangat sadisss ok dgn penyakit ibu ni. Kehkehkehhh


Thanks ibu for the spec..i loiikkkeeee~ huhu

posted from Bloggeroid

[iklan seketika]