[iklan seketika]

Feb 27, 2015

Progress anak!


Lama x update!!!apatah lg pasal progress anak..kang ibu lupeee camne..x kan nak bedah otak keluarkn apa yg patut..hahaha

Ok,last long holiday aku spend 6 hari dgn insyirah..3 hari without baba sebab ktorg balik melaka,baba work sabtu,so x dapat join..bila dh lama dok ngn ibu,makin manjeee la anak dara sorg ni.ibu pon dpt tgok perangai sebenar dia.hahahahhaa..selalu almost everyday kn dok rmh babysitter.mlm baru jumpa..dia dh letih ibu pn dh letih..weekend pn x nampak sgt sbb setakat 2 hari je,ape la sgt...huk3.x puas ibu nk main2 ngn dia.

So last weekend dok melaka.pastu stay 1 mlm kat rmh kakak kat nilai sbb nak anto parent p airport,nk pegi umrah..time tu ibu soh share air ngn sepupu dia.setahun lg tua dari insyirah..tp marah dia bukan main!!sampai espresi muka dia menakutkn ibu!haha.dia x guna tangan pn.just jerit n memek muka.hahha.adesss anakku!

Semalam lak dh nampak kecerdikan dia lg..stapler ibu terjatuh sebelah dia..dia tgh tgok upin ipin..ibu x plan pn nk soh dia amik ke ape..ibu buat bodo jeeew.tetibe dia capai stapler tu,pastu pas kat ibu,pastu cakap "nah!!!"..pastu sambung tgok upin ipin..as a mother,i'm touched!!!!!!!!!!! Dh besar dh anak aku.dh cerdik..dh boleh diharap..hihi

posted from Bloggeroid

Feb 19, 2015

TIPS: block IKLAN yg x dijemput!!!!

streeeessss betol la bila tgh2 online,nak bukak window baru,adaaa je iklan x dijemput nk muncul..kalo 1 ok la lg..ni smpai bertepek2 iklan..nak kena click pangkah kat semua iklan tu..kekadang bila click 1 link,ada pulak laaaa window lain x pasal2 keluar..iklan menang $$$ la..video omputih laa..aduusss~

lg stress bila tgh nak shopping2 online,bukak byk2 tab sebab nk pilih mana paling bekenan (ni tabiat aku!^.^") pastu baru masuk dlm 'MY BAG' ni kalo zalora la..hahahahhaaa..dengan kata lain  before 'add to cart'..laa..bila dh byk window,byk la iklan x dijemput..byk la window nth pape yg pop up..last2 aku CLOSE SEMUA WINDOW YG DH DIBUKAK TU sebab stress dgn iklan2 tu yg buat menyemak..yg buat pc aku lg slow yg dh mmg slow..huhu.dh byk kali gak jd cmni..nk beli nk beli..bukak window byk2..tgh jalan,x jadi gak nk beli...uwaaa~

but finally aku jumpa gak solutionnya..meh share ngn korg yg tersinggah kat sini..hahha

copy je link ni senang..pastu paste kat link..
https://addons.mozilla.org/id/firefox/addon/adblock-plus/

* tapi ni utk mozilla la ye..kalo engine lain, internet explore ke x tau la boleh guna x..

nnt keluar cmni..
pastu click la 'add to firefox' tu..kire mcm install la..

siap!
insyaAllah la x de lg iklan yg x diundang lg..huhu..horayyyy~ boleh shopping dgn tenang dh!

Feb 4, 2015

bermulanyaa SUSU FORMULA

sebelum tu,jom baca sebagai renungan bersama..terjumpa article ni tadi..huhu

penyusuan anak damit(bayi) ini memang telah disyariatkan sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."(Surah Al-Baqarah: 233)

Yang dimaksudkan dengan Radha‘ah di sini ialah masuknya air susu perempuan ke dalam perut seorang kanak-kanak yang umurnya tidak lebih daripada dua tahun qamariah.

Hukum Penyusuan Anak

Menyusukan anak damit yang masih dalam peringkat umur penyusuan adalah wajib selama mana anak damit itu memerlukannya. Akan tetapi ke atas siapakah yang menanggung kewajipan tersebut? dan siapakah yang menanggung pembiayaannya?

Apabila lahir seorang anak damit, maka adalah menjadi kewajipan kepada bapa anak damit itu untuk mencarikan orang yang boleh menyusukan anak tersebut.

Manakala seorang ibu pula wajib menyusukan anaknya dengan air susu yang baru keluar dari sejak kelahiran (al-liba’). Al-liba’ itu dipanggil dengan nama saintifiknya sebagai kolostrum. Warna kolostrum itu kuning seakan-akan warna oren dan ianya menyerupai seperti mentega yang cair dan kolosturm itu pekat dan melekit seperti sirap maple. Menurut kajian saintifik ianya mengandungi protein yang tinggi, zat besi dan mineral yang lain. Ianya juga mengandungi kurang lemak, karbohidrat dan kalori berbanding dengan air susu dada yang keluar selepas kolostrum.

Adapun jangka masa al-liba’ itu tertakluk kepada pengkajian ahli bijak pandai, ada yang mengatakan kadarnya selama tiga hari dan ada juga yang mengatakan selama tujuh hari. Hukum wajib itu berlaku kerana anak damit tidak akan hidup atau tidak akan kuat pada kebiasaannya tanpa penyusuan dengan al-liba’.

Sekalipun pada lazimnya seorang ibu akan menyusukan anaknya, namun perkara tersebut bukanlah wajib ke atasnya untuk berbuat sedemikian jika ada perempuan lain yang boleh menyusukan anak damit itu. Tetapi jika ibu tersebut menyusukannya pembiayaan penyusuan itu adalah wajib ke atas bapa anak damit itu sekiranya anak tersebut tidak memiliki harta. Oleh yang demikian si suami tidak ada hak untuk memaksa isterinya bagi menyusukan anaknya. Jika terjadi pertelingkahan antara suami dan isteri sama ada pada menyusukan atau pembiayaannya, maka bolehlah suami meminta perempuan lain untuk menyusukannya. Dalam hal ini suami juga berkewajipan membiayai penyusuan tersebut. Ini dijelaskan dalam firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: "Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya."(Surah At-Thalaq: 6)

Apa yg boleh dipendekkn kat sini;
1. Bagi ibu2 yg nk susukan anaknya,ckupla selama 2 tahun sahaja
2. WAJIB bagi anak minum kolostrum atas sebab takut berlaku kematian sebab anak baru lahir x diberi mknan..
3. Tidaklah wajib ke atas seorang ibu utk menyusukan anaknya..suami x boleh paksa2 isteri utk bg susu..kalo isteri x mau,suami kena cari ibu susuan..TAPI WAHAI SUAMI JGN LEE SALAH ANGGAP,BUKAN ISTERI BARU YE!!!IBU SUSUAN AJEEE..HAHAHAHAA

panjang betul mukaddimah..keh3

aku nk tepek sejarah je yg 2.2.2015 insyirah dh mula susu formulaaa pada usia 1tahun 6bulan 11hari..tidakkkk!!!!!x mau ngaku sebenarnya.tp hakikat patut diterima.chewahhh.aku tewas T.T huk3..
aku dh x buat stok ebm dh stat last weekend.kalo pump pn x sampai sebotol je dpt..sebelum ni pn aku dh campur fresh milk jenama farm fresh.pn x nak ngaku.haha.tapi lately mcm2 terjadi..stok kat giant dh habis laa..susu baru bukak dh masam laa..(bazir 1 botol)

soo aku amik keputusan beli susu formula gak.mlm ahad aku n husband ke giant mencari susu formula dgn tanpa berbekalkan ilmu di dada pasal susu formula..yg aku tau aku nk cari yg x mahal dan x murah sgt.hahahhahaa..sebab aku ingt kawan aku cakap "JANGAN PERCAYA SGT TIPU HELAH KAT IKLAN JUAL SUSU2 TU" hahahhaa.aku pn dh puas hati dgn susu badan yg aku bg sebelum ni utk insyirah..skrg rasa dia kuat sgt.haha.alhamdulillah la..mana x kuat,car seat yg berat tu dia boleh nk tolak masa umo setahun + dari bilik ke hall depan ^.^" kalo time menyusu x yah cite la.skali dia kick perut ibu,senak oiii..haha *ok!dh out of topic lak*

dengan blur2 sang suami dan sang isteri kat area susu formula tu,last2 aku capai dugro!hahhaha.klakar pn ade.mcm main cuba nasib..tutup mata,pusing2,tunjuk mana2 yg kena..so itu la susu pilihan..ngeh3

harini hari ke-2 dia minum susu tu.babysitter x cakap ape pulak..ok la kot..mlm isnin lepas pn dia buang air besar elok je..x sembelit lak..tp najis dh x best la kan.keh3.perlu ke nak najis best ke x....adehh!

by the way,kalo kat rumah still direct feeding lg..siap insyirah mintak package lg...sambil nk tgok upin ipin,sambil nk request susu cap gantung..sila imagine cmne la ibu kena duduk..hahahah.anak punya pasal,layankan ajeee..
aku beli yg ni.huhu..FRUIT & VEG..tanpa sukrosa

Kalo ade pape perubahan akan update lg.....

[iklan seketika]