May 20, 2014

2nd time buat PAP SMEAR

smlm aku dengan nekadnya buat jugak ujian PAP SMEAR..dari case aku yg lepas, aku supposedly kena buat ujian ni setahun lepas tu..means bulan 3 tahun ni..tapi dh lewat 2 bulan..huhu.aku sebenarnya mmg nk buat je,just masa x mengizinkan..aku pn risau gak kalo x buat,x tau problem dulu datang lagi x..so better for go.. 

settle semalam,tapi result dapat tahu dlm 2 3 hari nanti.doc tu kata kalo x ada apa2 clinic x call.kalau ada apa2 dorg akan call..haishhhh nebes makk!!! mesti 2 3 hari ni berdebar2 dengar bunyi handphone..huhu.

kat sini nk share la sikit2 pasal PAP SMEAR ni..kepada yg mcm rasa takot2 nak buat tu,dont worry k!x sakit langsung..kalau kena injection lagi sakit kot..haha.tapi ujian ni mcm ngilu dan x selesa sikit la..sebab bahagian bawah kita tu terusik kan..

TIPS utk x nak terasa sangat..
1. jangan tegangkan kaki
2. tekan punggung ke bawah.means jgn angkat punggung sbb kalau punggung terangkat,lubang faraj susah nak control.(ni blaja time buat treatment kt HUKM dlu la..huhu)
3. bila doktor kata nak masukkan alat tu, tarik nafas panjang n perlahan lahan..
4. buat rileks je, jangan neves

APA yang doktor lakukan..
1. buka pakaian bawah
2. berbaring atas katil
3. doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat
4. sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel
5. sampel  disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diujikaji
x sampai 2 minit pn ujian ni..by the way,yang masuk spatula dan berus tu x rasa apa pn..yg buat rasa ialah masa masukkan spekulum.tapi kalau SERENTAK DENGAN TARIK NAFAS PANJANG DAN SLOW2, x rasa apa pn..paling2 pn rasa mcm senak perut..(sama macam senak perut bila doktor check nk tgok bukaan masa nak bersalin dulu..haha)
gambar curi kat google..nak amik gambar alat yg doktor guna semalam takot kena marah..haha

detail yg lain sila la search sendiri ye..hihi.tapi 1 thing yg nak share (mungkin ada yg terdetik) berkaitan mandi wajib after buat pap smear, perlu atau x?? jawapannya TAK PERLU MANDI WAJIB!sebab ia adalah rawatan untuk mengenal sekiranya ada kompilasi penyakit pada rahim wanita dan tidak termasuk dalam perkara yang mewajibkan seseorang itu mengangkat hadas besar.

No comments:

Post a Comment